Khamis, 18 Februari 2010


Masakan ini dinamakan sup perut.Anda pernah dengar sup perut??anda mesti mencubanya untuk mengetahui rasanya yang begitu enak sekali.Istimewanya sup ini ialah campurannya yang mengandungi seperti perut muda tebal,limpa,taugeh dan sebagainya.

Di restoran ini juga terdapat masakan sup ayam kampung.Ia juga amat istimewa kerana masakan ini menggunakan ayam kampung.Ramuan ini juga menggunakan campuran rempah ratus dan herba...


Masakan ini dinamakan masakan ikan 4 rasa.Ia amat istimewa di Restoran Bahtera kerana campurannya yang tersendiri iaitu ia mempunyai rasa masam,manis,masin dan pedas.Campurannya juga asli dan moden seperti halia,cili,nenas dan sebagainya.Ia jarang didapati di restoran-restoran lain kerana rasanya yang tersendiri.Anda patut mencubanya untuk mengetahui rahsia masakan Ikan 4 rasa....